Judul : Parti Pribumi Bersatu, 2 Harimau Tak Boleh Duduk Atas 1 Bukit?
link : Parti Pribumi Bersatu, 2 Harimau Tak Boleh Duduk Atas 1 Bukit?
Parti Pribumi Bersatu, 2 Harimau Tak Boleh Duduk Atas 1 Bukit?
Parti Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) rasmi berdaftar Jumaat setelah Pendaftaran Pertubuhan (ROS) berpuashati dengan penjelasan yang diberikan oleh Presiden pro tem Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai beberapa hal berkaitan permohonan pendaftaran itu.
Turut hadir di ibupejabat ROS di Putrajaya pagi Jumaat untuk menerima pendaftaran rasmi itu ialah Pengerusi pro tem parti itu Tun Dr Mahathir Mohamad.
Semalam Khamis Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi memberitahu ROS secara prinsip telah lulus pendaftaran parti itu dan ringkasan nama parti itu ialah ‘PPBM’ dan bukan ‘Bersatu’ seperti yang dipohon. Katanya kelulusan rasmi akan dikeluarkan selepas pihak PPBM memperinci tugas Pengerusi dan Presiden yang digariskan dalam perlembagaan parti.
"Ini kerana jawatan Pengerusi (kalau ikut dalam perlembagaan parti) menyatakan tugasnya mempengerusikan mesyuarat pimpinan tertinggi. Manakala Presiden untuk mesyuarat majlis kepresidenan.
Muhyiddin yang ditemui wartawan di situ berkata pihak ROS telah menerima penjelasan PPBM mengenai soal peranan Presiden dan Pengerusi parti. Katanya sebab PPBM memasukan jawatan Presiden dan Pengerusi dalam perlembagaan parti untuk memastikan wujud ‘ check and balance’ agar telus.
Selain itu untuk membolehkan parti dilihat ikut hasrat rakyat. Katanya PPBM juga akan pinda sikit logo parti. Ketika isu pendaftaran PPBM sudah beres…kini kedengaran antara isu yang hangat menjadi sosek mengenai parti itu ialah..siapa bos?
Ada kata-kata yang terkenal yang menyebut dua harimau tidak boleh duduk diatas satu bukit. Kata-kata ini sudah banyak kali terbukti kebenarannya. Mereka yang lama dalam bidang politik cukup sedia maklum stail Dr Mahathir. Begitu juga halnya dengan cara dan lenggok Muhyiddin.
Dalam lipatan sejarah Dr Mahathir berdepan masalah dengan dua timbalannya Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tun Musa Hitam. Masa pentabiran Dr Mahathir - Musa mereka dikenali sebagai '2M'.
Beliau juga bermasalah dengan Tun Abdullah Badawi yang dilantik sebagai pengantinya.Kini dengan Datuk Seri Najib Tun Razak pula. Tandatanya kini apakah Muhyiddin boleh bertahan melayan karenah Dr Mahathir. Setakat ini parti yang mempunyai jawatan Pengerusi ialah DAP.Jawatan pengerusi itu tidak nyata tidak ada kuasa eksekutif.
Dalam PKR pula lain ceritanya.Dulunya Anwar dikenali sebagai Ketua Umum PKR.Jawatan itu tidak ada dalam perlembagaan parti. Presiden parti ialah Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail. Namun satu dunia tahu orang yang paling berkuasa dalam parti itu ialah Anwar.
Kata orang dalam mana-mana organasasi baru biasanya segalanya nampak mulus dan cantik. Seperti juga kapal di laut…badai dan gelombang pasti melanda.- AD 9/9/2016
Sobat baru saja selesai membaca :
Parti Pribumi Bersatu, 2 Harimau Tak Boleh Duduk Atas 1 Bukit?
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Parti Pribumi Bersatu, 2 Harimau Tak Boleh Duduk Atas 1 Bukit? dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: Parti Pribumi Bersatu, 2 Harimau Tak Boleh Duduk Atas 1 Bukit? link yang gunakan: http://cepotpost.blogspot.com/2016/09/parti-pribumi-bersatu-2-harimau-tak.html