Haron Din Kritikal Masalah Jantung Di Hospital AS.

Haron Din Kritikal Masalah Jantung Di Hospital AS. - Hai Apa kabar Sobat pembaca CEPOT POST?, Cepot harap kabar Sobat baik-baik saja dan tak kurang suatu apa ya.. hehehe.. di kesempatan yang baik ini kita akan mengupas post dengan judul: Haron Din Kritikal Masalah Jantung Di Hospital AS., dan sepertinya post kali ini layak dimasukan dalam kategori Artikel Islami, Artikel Kabar, Artikel Ragam, Nah biar gak kelamaan, yuk langsung kita simak saja.

Judul : Haron Din Kritikal Masalah Jantung Di Hospital AS.
link : Haron Din Kritikal Masalah Jantung Di Hospital AS.

Baca juga


Haron Din Kritikal Masalah Jantung Di Hospital AS.



KL: Mursidul Am PAS, Datuk Haron Din dilaporkan berada dalam kritikal selepas mengalami masalah jantung dan kini dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) di Hospital Stanford San Francisco, California, Amerika Syarikat.

Pendakwah terkenal, Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani menerusi laman status Facebooknya memberitahu, pihak hospital meminta keluarga Haron segera datang ke unit tersebut pada jam 5 pagi (waktu tempatan)

Tuan Guru Datuk Haron Din mempunyai komplikasi di jantung dan dimasukkan di ICU. Dua anak Tuan Guru bersama doktor sekarang.

"Keluarga yang lain menunggu di luar. Masih belum dapat berita penuh dari dalam. Mohon doa kalian," katanya.

static_map
Sementara itu, Pengerusi Darussyifa Malaysia, Abd Rahman Ahmad, menyeru untuk semua terus mendoakan kesihatan beliau kembali baik.

“Saya menasihatkan buat seluruh ahli Darussyifa’ menjaga nama baik Tuan Guru yang dikasihi dan jemaah kita Persatuan Perubatan, Pengubatan & Kebajikan Islam Malaysia (Darussyifa’).

“Tanggungjawab kita bersama menjaga nama baik dan jauhi sebarang bentuk sebaran maklumat berbentuk tidak sahih,” katanya di Facebook.
csbwqdmviaa6vyi
Katanya beliau berharap semua berhati-hati ketika menyebarkan sebaran tanpa sumber yang sahih kerana ia berkait rapat dengan dosa dan pahala.

Difahamkan, Haron berlepas ke AS sejak beberapa hari lalu untuk mendapatkan rawatan lanjut berhubung masalah jantung.

Mac lalu, beliau dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) selepas mengadu sakit dada.

Beliau sebelum ini menjalani pembedahan pintasan jantung di hospital yang sama pada 2 April 2012. (IH)


Sobat baru saja selesai membaca :

Haron Din Kritikal Masalah Jantung Di Hospital AS.

Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Haron Din Kritikal Masalah Jantung Di Hospital AS. dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.

Telah selesai dibaca: Haron Din Kritikal Masalah Jantung Di Hospital AS. link yang gunakan: http://cepotpost.blogspot.com/2016/09/haron-din-kritikal-masalah-jantung-di.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :