Judul : Projek Tani RM1.4 Bilion Tak Sepatutnya Ada Tender, Kata Anwar
link : Projek Tani RM1.4 Bilion Tak Sepatutnya Ada Tender, Kata Anwar
Projek Tani RM1.4 Bilion Tak Sepatutnya Ada Tender, Kata Anwar
KUALA LUMPUR: Projek pembekalan input pertanian sektor padi bernilai RM1.4 bilion yang mengundang kontroversi baru-baru ini tidak sepatutnya ada tender, kata Presiden PKR, Anwar Ibrahim mengulas surat menteri menyokong tender diberi kepada Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas).
Beliau menjelaskan Nafas sebuah badan yang mewakili peladang dan petani kecil, dan rasional menteri adalah manfaat dan keuntungan daripada projek itu akan dapat disalurkan kembali kepada ahli-ahlinya.
Anwar berkata demikian selepas mendengar penjelasan menteri pagi tadi.
“Ini bermakna, pertamanya, ia tidak sepatutnya ada tender, jadi ini adalah isu teknikal,” katanya pada sidang media selepas melancarkan buku “Islam and Confucianism” di Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun (ISTAC) hari ini.
Anwar, yang disebut-sebut sebagai pengganti Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad, berkata menerusi Nafas, kementerian mahu pastikan pembekalan input padi diurus dengan cekap, telus dan memanfaatkan petani, terutama golongan miskin.
“Jadi isu benih dan baja itu, yang petani perlu beli, harganya mestilah berdaya saing,” katanya.
Anwar diminta pemberita menyatakan pendiriannya terhadap isu surat sokongan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Salahuddin Ayub kepada perdana menteri menyokong tender berkenaan diberi kepada Nafas, induk kepada 14 pertubuhan peladang negeri.
Salahuddin berkata tidak salah menulis surat sokongan itu kerana tender itu belum diputuskan dan akhirnya, ia akan memberi manfaat kepada 920,000 ahli Nafas dan bukan untuk perkayakan dirinya lapor FMT
Sobat baru saja selesai membaca :
Projek Tani RM1.4 Bilion Tak Sepatutnya Ada Tender, Kata Anwar
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Projek Tani RM1.4 Bilion Tak Sepatutnya Ada Tender, Kata Anwar dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: Projek Tani RM1.4 Bilion Tak Sepatutnya Ada Tender, Kata Anwar link yang gunakan: http://cepotpost.blogspot.com/2019/11/projek-tani-rm14-bilion-tak-sepatutnya.html