Judul : Isu Kasut &Stokin, Dr M Pecat Saja Maszlee -Gesa Blogger Pro PH.
link : Isu Kasut &Stokin, Dr M Pecat Saja Maszlee -Gesa Blogger Pro PH.
Isu Kasut &Stokin, Dr M Pecat Saja Maszlee -Gesa Blogger Pro PH.
Kerana Isu Kasut dan Stokin, Blogger Pro PH Gesa Dr Mahathir Pecat Maszlee
KUALA LUMPUR – Seorang penulis blog politik pro Pakatan Harapan (PH), Shahbudin Husin mahu Tun Mahathir Mohamad membuang Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik dari kabinet.
“Agak malang bagi PH ada Menteri Pendidikan yang suka bercakap soal remeh-temeh dan picisan seperti kasut dan stokin sahaja.
“Sebelum keadaan bertambah buruk dan membebankan PH, harap Tun Mahathir buang sajalah beliau ini daripada jawatan menteri dengan segera,” katanya dalam status media sosialnya malam tadi.
Sebelum itu, Maszlee ada mengeluarkan kenyataan pihaknya belum menentukan warna stokin selepas membenarkan pelajar sekolah memakai kasut hitam sebelum ini. Menurut Shabudin, agak malang bagi seorang menteri berpendidikan Phd tetapi bercakap soal yang remeh melibatkan kementeriannya.
Maszlee, sepatutnya bercakap mengenai dasar kementerian bagi memantapkan sistem pendidikan di negaŕa ini, katanya. Dalam masa yang sama, Shabudin menyatakan perkara yang membawa imej buruk kepada PH itu tidak timbul sekiranya hasrat Mahathir mahu memegang jawatan Menteri Pendidikan selain Perdana Menteri dipersetujui pucuk pimpinan parti. – MalaysiaGazette
Sobat baru saja selesai membaca :
Isu Kasut &Stokin, Dr M Pecat Saja Maszlee -Gesa Blogger Pro PH.
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Isu Kasut &Stokin, Dr M Pecat Saja Maszlee -Gesa Blogger Pro PH. dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: Isu Kasut &Stokin, Dr M Pecat Saja Maszlee -Gesa Blogger Pro PH. link yang gunakan: http://cepotpost.blogspot.com/2018/10/isu-kasut-dr-m-pecat-saja-maszlee-gesa.html