Judul : Aceh Kaji Hukum Laksanakan Pancung Kepada Pembunuh
link : Aceh Kaji Hukum Laksanakan Pancung Kepada Pembunuh
Aceh Kaji Hukum Laksanakan Pancung Kepada Pembunuh

ACEH - Kerajaan autonomi Aceh dilapor sedang mengkaji hukuman pancung bagi kesalahan membunuh. Media Indonesia melaporkan, Pengarah Pejabat Undang-Undang Syariah dan Hak Asasi Manusia Aceh, Syukri M Yusuf berkata, kerajaan Aceh sudah meminta pihaknya mengkaji pelaksanaan hukuman pancung itu.
Liputan6 melaporkan, Syukri berkata, selepas kajian yang akan dilakukan pada tahun ini, pihaknya akan menggubal undang-undang. Syukri menegaskan hukum kisas itu perlu bagi mengurangkan kadar jenayah di Aceh, khususnya pembunuhan.
Menurutnya, jika hukum Syariah dilaksanakan secara konsisten, jenayah seperti pembunuhan akan menurun bahkan tiada lagi kerana ada ketakutan untuk melakukannya.
“Ketika orang takut membunuh, maka nyawa orang lain selamat, nyawa dia juga akan selamat,” katanya.
Aceh, satu-satunya wilayah di Indonesia melaksanakan undang-undang Syariah, termasuk sebat di khalayak ramai bagi kesalahan berkaitan zina dan judi. Buat masa ini, hukuman bagi jenayah lain termasuk membunuh masih menggunakan undang-undang kebangsaan Indonesia.
Menurut Daily Mail, Syukri dilapor berkata, hukuman bagi kes bunuh yang diamalkan sekarang dianggap ringan dan pesalah biasanya melakukan kembali jenayah itu selepas dibebaskan dari penjara. – Agensi/myMetro Online
Ibnu Hasyim (kanan sekali) semasa menjadi tetamu jemputan pemimpin Aceh di Dewan Undangan Negeri Aceh.
Lihat juga..
E-Buku IH-61: P.Kebajikan B/Aceh M'sia
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS
Sobat baru saja selesai membaca :
Aceh Kaji Hukum Laksanakan Pancung Kepada Pembunuh
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Aceh Kaji Hukum Laksanakan Pancung Kepada Pembunuh dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: Aceh Kaji Hukum Laksanakan Pancung Kepada Pembunuh link yang gunakan: http://cepotpost.blogspot.com/2018/03/aceh-kaji-hukum-laksanakan-pancung.html