Judul : Mabuk &Dirogol Pemandu Grabcar Ditahan..
link : Mabuk &Dirogol Pemandu Grabcar Ditahan..
Mabuk &Dirogol Pemandu Grabcar Ditahan..
KUALA LUMPUR – Polis menahan seorang pemandu GrabCar dipercayai merogol seorang wanita di dalam kereta miliknya di Bandar Putra Permai, Seri Kembangan dekat sini, semalam.
Dalam operasi pukul 10 malam tadi, lelaki berusia 30 tahun itu ditahan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Khas Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang di Sungai Buloh.
Ketua Polis Daerah Serdang ACP Megat Mohamad Aminuddin Megat Alias berkata, lelaki berkenaan dipercayai merogol wanita berusia 29 tahun yang menggunakan perkhidmatannya pada pukul 4 pagi.
“Ketika kejadian, mangsa dalam keadaan mabuk dan tidak dapat melawan. Selepas itu suspek kemudiannya menghantar mangsa pulang ke rumah.
“Polis turut merampas pakaian serta kereta jenis Myvi milik suspek,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Beliau berkata kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan. – BERNAMA
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kerana kes-kes jenayah yang menjadi-jadi, kerajaan negara umat Islam sepatutnya, menilai kembali sistem perundangan Islam yang telah dibuktikan berjaya, untuk dilaksanakan di negara umat Islam sendiri.
Bagaimana boleh jadi kerajaan orang Islam menolak hukum yang diperintahkan Syariat Agamanya?
Bagaimana boleh jadi kerajaan orang Islam menolak hukum yang diperintahkan Syariat Agamanya?
Sobat baru saja selesai membaca :
Mabuk &Dirogol Pemandu Grabcar Ditahan..
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Mabuk &Dirogol Pemandu Grabcar Ditahan.. dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: Mabuk &Dirogol Pemandu Grabcar Ditahan.. link yang gunakan: https://cepotpost.blogspot.com/2017/06/mabuk-pemandu-grabcar-ditahan.html